23 February 2010

baju pengantin terpanjang didunia

 ak xsanggup camni.. korang sanggup ke? ramai gler kena panggil jemputan semata2 utk tolong pegang kain.. kat kad tulis "Walimatul Urus - Jemputan Memegang Kain Pengantin" hehehe

 
  
  
  
  
  
  
  
 


[siz|zizul: klu ak wat camni dengan ajan mmg jadi wedding of the year la.. kalah artis.. pecah rekod malaysia]

20 February 2010

ak dah ada smart tag

 dah lama ak mengidam nak dapatkan benda alah ni..  punyalah susah nak dapat.. maklumlah.. dulu ak duk kat bukit beruntung yg sangatlah menguntungkan (byk save), so susah la nak cari benda alah ni..

masa keje kat APM Plastics dulu selalu ak g proton, masa otw tu selalu gak la tanya cik/incik penjaga tol tu, ada jual smart tag x? mostly jawab xde.. ada yg jual plak slalu je abis time ak tany.. utk informasi pada sape2 yang tak tahu, smart tag ni limited jumlah dia kuarkan tiap2 bulan (xsalah ak lah tiap2 bulan).. so sape cepat dia dapat la.. masalahnyer ak xdapat2.. bengang jer.. rasa cam diaorg ni cam xnak jual jerk.. suurvey2 kat tenet, mahal la plak diaorg jual.. ambik untung lebey.. mentang2 ak yg duk kawsan ulu selangor ni mmg susah nak dapat..

last2 ak pun ignore je benda idaman ak ni, mungkin jugak sebab dah xde duit, tu yg selamber je ignore..

bila start keje kt tmpt baru kt Puchong ni, ak rasa cam amat memerlukan benda alah ni sebab ari2 ak kena lalu tol, dan ak amat bnci nak berator2 dan membuka cermin, sebab kete ak cermin dia xbape nak ok, biasalah kete lama.. hehehe.. so ak teruskan usaha mencari.. tapi xbersungguh sangat la sebab duit pun macam xder jer memanjang..

ari isnin lepas ak g wedding ayu n zil.. memang xsia2 ak g sana.. bukan je dapat makan kenduri.. tapi masa otw back dari kedah tu.. ada booth tol.. dia jual kad PLUSmiles n smart tag.. time tu ak xbwk duit exttra.. sik baik tunang ak ade utk meminjamkan duit dia.. dapat gak ak beli! akhirnya... xsangka2.. hehehe

[siz|zizul: skrg sonok jer ak lalu tol.. tersenyum sorg2 tgk org yg beratur pjg kt lorong tunai.. hehehe dalam hati ak cakap: ak mcm tu gak dulu..]

17 February 2010

kenapa ramai guru TESL nak bunuh diri

sekarang baru ak tahu kenapa susah sangat nak mengajar bahasa inggeris ni.. dengan pengaruh dari teknologi.. hehehe




[siz|zizul: dulu xde teknologi2 menggangu pun ak tak pandai2 pun english]

game HP di TV



Harini ak merasa sangat kekampungan sebab jadi jakun jap bila tgk adikku menyambungkan handphonenyer direct je TV, pastu main game.. sgguh ak tidak tahu bahwa hp boleh disambungkan direct cam camcoder ke TV.. tapi dengan gaya macho ak wat dunno je la..  for info adik ak ni pakai hp nokia N82 rasanya.. xdelah canggih tahap iphone or blackberry tapi xsangka ada function camtu..

dari ape yg ak tgk dia da kabel khas yang disambung dari handphone pastu kuar tiga kabel merah putih n kuning utk disambungkan ke TV.. siap kuar bunyi tu.. ibarat men handphone pkai screen besar!

pas tgk kecanggihan tu terus ak dicengkam rasa jeles melihat hp adikku.. ak juga mahu yg camtu!!! walaupun ak xtau utk ape ak nak function tu.. sekadar keseronokan kot... hehehe


[siz|zizul: dulu nak beli hp canggih2 xmampu, skang dah keje masih xmampu2 nak beli hp baru.. hehehe]

13 February 2010

Duit Singgit dan Lima Puluh

 masa ak surf2 tadi terjumpa la satu cite lawak ni.. bila baca, lawak pun ada, tapi rasa cam mendalam je maknanya.. masa baca tu terasa jer.. eh, ak camtu gak.. hahaha.. baca sket:

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi K K naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.... tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama...'SURAU..., MASJID..., SURAU..."


bila ak kenang2 balik, ak g masjid, buh kat tabung masjid tu, lebey kurang cam cite kat atas tu la, klu melepak, kuar jengjalan kat one utama mmg cam kat atas tu gak.. dalam sedar xsedar.. eh, buruk gak perangai ak nih ek.. hahaha.. pasni kena alert sket la ak pasal ni.. banyak2 la wat sedekah guna duit kaler lain selain biru muda tu.. hehehe


[siz|zizul: selalu sgt benda2 remeh camni kita tak perasan, klu dah baca camni baru terasa tersipu2 sendiri.. hehehe]

cuti oh cuti

harini ak amat jeles dengan semua orang yang dah bercuti, termasuklah ajan  yang membuat cuti sendiri..
mana taknya arini ak masih bekerja, menyiapkan dan menyediakan payung2 sebelum senior2 engineer g meeting next week..

note:  klu ada sape2 expert pasal mtbf, mttr dan ups engineering silalah bantu ak mendapatkan maklumat.. jasamu akan ku balas dengan membelanja makan..

tadi  otw datang keje lancar giler traffic.. xde berhenti2 langsung, sesuatu yg diluar dari biasa.. sure dah ramai yg bercuti n balik kampung.. ak amat jeles! ak nak balik kampung gak!

Tadi masa otw g keje maintain je speed kt 110kmj, selalunya ada la 20-60 je speed ak. dah jalan clear giler so mmg syok ar, cepat giler perjalanan.. pkul 9 aku sampai opis.. tu pun xleh masuk sebab ofisku masih kunci, rupanya org penting lagi lmbat dari ak.. melepaklah ak kat tepi surau tgk budak2 ni breakfast sambil mengenang pkul bape nak balik kampung ni.. dah la esok nak kena datang semula.. konpem letih badan ni.. tapi xpe.. semangat nak pulang ke kampung halaman.. hehehe


[siz|zizul: sejak keje tempat baru ni rasa cam kerap lak nak kena ambik cuti, dulu xde pun ape2 event yg memerlukan cuti]

11 February 2010

menjaga tutur kata

...lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

ape yg ak nak cuba highlightkan dalam lirik ni adalah ayat "lidah setajam pisau".. betapa hebatnya kekuatan lidah kita ni.. setajam pisau yg dapat menangkis segala cabaran dalam perjalanan.. namun harus juga dikaitkan dengan peribahasa melayu

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

 kata-kata yg keluar dari mulut kita ni kadang kala tanpa kita sedari banyak kesannya.. ada yg positif, ada yang negatif.. yang negatif ni la yg harus kita jaga, kerana  

Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, “Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur & barat. 

jadi sebelum berkata-kata tu eloklah kita berfikir dulu..


Ni plak daripada Hadis Riwayat Tirmizi :

1.Sufyan bin Abdullah melaporkan, katanya, “Saya pernah berkata, “Wahai utusan Allah! Beritahulah kepada saya perkara yang dapat dijadikan pegangan.”

Rasulullah menjawab, “Saudara katakanlah, ‘Allah Tuhan saya’, kemudian tetaplah mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.”

Saya bertanya lagi, “Wahai utusan Allah! Apakah perkara yang paling tuan bimbangkan tentang diri saya?”

Rasulullah memegang lidah beliau, kemudian berkata, “Ini.”

2. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, “Rasulullah pernah berkata, “Saudara semua jangan banyak bercakap melainkan bagi mengingati Allah. Sebab banyak bercakap tanpa ingat kepada Allah dapat mengeraskan hati. Manusia yang paling jauh daripada Allah adalah pemilik hati yang keras.”

3. Uqbah bin Amir melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Apakah yang menyebabkan saya selamat?”

Jawab Rasulullah, “Tahanlah lidah saudara daripada banyak bercakap, selalulah beribadat & tangisilah dosa saudara.”

4. Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian beliau berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian beliau membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud, “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu beliau bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”

Kemudian beliau bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Beliau memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”



nampak macam remeh je kan? dalam hari2 yang berlalu ni banyak je kita bercakap, seronok jer berccakap.. tapi sejauh mana kita menjaga lidah kita? katakanlah kita dah cakap2 buruk kat seorang mamat or minah ni, pastu menyesal, nak minta maaf skali xjumpa2 dah mamat/minah tu.. camne? masa tu harapkan keredhaan dari-Nya je la.. ingatlah, salah kata buruk padahnya.. lidahkan setajam pisau.. ak pun bukan baik sangat, pesanan ni ak baak sebab ak terfikir dan teringat.. so nanti bila2 ak lupa korang lak ingatkan aku.. ape2 pun sama2lah memperbaiki diri... sementara masih ingat ni..



[siz|zizul: berapa banyak dah ak terlajak kata ek.. mintak ampun maaf pada yg terasa]

gemuk dengan gain5

setelah lama menanti, akhirnya dapat gak benda alah ni.. order kat budak rumahku yg beertindak sebagai ejen herba prima. seminggu gak menanti baru dapat.

sebelum ni mencuba weight gain tapi kurang berkesan.. ada hasil tapi quite slow hasilnya.. dah abis berbelas tin tapi baru naik 5 kilo jer.. jauh sgt dari sasaran..

terdetik nak try brand ni disebabkan khabar2 angin yg mengatakan jus mate 5 dari herba prima ni berkesan, tapi ak bukan nak kurus.. nak gemuk.. hope gain 5 ni berkesan! dah try minum sepaket.. rasanya tidaklah sedap mana tapi xlah sesusah nak minum pati ayam brand.. cara minum lebey kurang cam weight gain cuma yang ni minum sebelum makan, weight gain minum selepas makan...hehehe.. moga ianya berkesan..

tunggu lagi 2 3 bulan ak post bagitau macam mana hasilnya..

[siz|zizul: biarlah badan yg gemuk, risau gak perut yg gemuk dulu sblm badan]

10 February 2010

lenganku yg sakit..

adeh! sakitnyer lenganku dengan kesan2 lebam ni.. actually dari tmpt keje lagi sakit.. xselesa jer rasa.. tapi makin lama makin berdenyut2 lak rasanya sampai nak wat ape2 pun xcomfortable..

meh tgk lenganku yg kurus ni lebam.. hehe


ada 2 3 area yg lebam.. sakitnya tidaklah sampai xboleh wt keje, cuma sangat tidak selesa, pedih + berdenyut2.. argh!!! damn it! i'll TRY to make sure it never happen again.. everything bermula dgn kebodohan diri sendiri.. zizul! dont be stupid for 2nd time!! plzzz... hahaha... merayu pada diri sendiri..

n'way moga ianya dah xberdenyut2 lagi.. supaya dapat tido dgn lena.. zzZZZzzzzZZZZZzzz


[siz|zizul: masa ni baru nyesal xde simpan minyak ubat utk sapu2, esok dah lupa bila dah xsakit.. adoiyaii]

dimana kekuatan lelaki?


tetiba perkara ni terlintas difikiran ak.. ak ni lelaki yg kuat atau lemah? sebelum tu nk bgtau la, semestinya ape yg ak cuba tulis ni bukanlah bercerita ttg kekuatan batin ek.. hehe

adakah kekuatan seorang lelaki ni terletak di sebalik kenyaringan suara, kegarangan, kebengisan? klu makin bengis semakin kuatlah kelakiannya.. betulkah? klu betul maksudnya ak dah masuk kategori lemah ni.. sebab ak ni bukan reti nak marah orang.. bengis tu jauh lagilah..

ataupun ianya terletak pada kekuatannya memukul? makin byk pukul org, makin kuat la ek? xkanlah semudah tu.. g gym je la ak pasni klu betul2 nk achieve benda ni.. tapi sape yg ak nak pukul? sampai hati la plak ak nak pukul2 org.. nk cubit org adik n tunang pun pk 2 3 puluh kali.. xsampai ati..

hmm.. ape yg bleh menonjolkan seorg lelaki tu? tahap dia dihormati di tempat kerja? mcm mn plak klu lelaki yg di tempat kerja dihormati tapi kt umah cam org gaji? jantan machokah itu? tidak sama skali bagi aku..

mungkin gak bleh dinilai dari melihat bape berat beban yg boleh diangkat.. tapi daripada tgk tu baik tgk berapa tanggungjawab dan beban yg dia leh pikul.. sebab mengangkat beban ngan memikul tanggungjawab tu besar bezanya... ramai yg bleh mengangkat beban tapi xramai yg leh memikul tanggungjawab..

owh.. sukar utk menilai kekuatan lelaki.. sukar nak menilai diri ni kategori mana.. keliru..keliru..celaru..dannn..buntu.. tettttttttttt

[siz|zizul: bagaimana dan dimana pun kekuatan lelaki, bagi ak ape yg ada dhati tu elemen yg penting, tapi harus diingat, hati saje xmencukupi]

09 February 2010

farmville fever

game nih dah lama ada kat FB tu, sebelum ni sebelah mata pun ak xpandang, sombong kununnya xbest.. game budak2.. skali hambik kau, dah addict! ape ntah yg best dgn menanam pokok, sayur @ bunga tu pun ak sendiri xleh nak jelaskan.. complicated abis!

sanggup bangun awal semata2 nak harvest pokok sebelum g keje.. sanggup tido lambat semata2 nak tanam pokok sebelum tido.. xcukup dengan tu, kt tmpt keje pun teringat dan terkenang je pokok2 yg ditanam.. rasa macam nak ngadap jer PC tgk pokok yg ditanam tu membesar 1% demi 1%..


[siz|zizul: hopefully cepatlah ak boring dgn game nih]

zizul & sizory

mula2 konpius nak bubuh nama ape pada bakal blog kesayangan ni.. dulu kongsi blog ngan ajan.. tapi ajan dah xnak kongsi, kena la wat blog sendiri.. katanya:

ala, u bukan rajin update blog pun.. i je yg duk update


starting mula2 ingat nak tulis blog dalam english, skali baru post dua story dah kena kutuk ngan ajan lak.. katanya teruk betul english.. so tukar terus ke bahasa ibunda, pikir plak nak buh ape nama blog ni.. ingat nak komersialkn nama sendiri ar.. pastu terus konpius (ak mmg mudah konpius pun) bila pikir nak bubuh nama zizul ke sizory..

last2, masa gh duk taip2 testing buh nama tu terkeluarlah siz zizul.. gabung sket dah jadi sizizul.. mmg terbaek ar nama tu (if u dun think so u're wrong).. terus grab nak start hias2.. ni lah hasilnya.. inilah first postnyer.. gila lah! konpem pasni lagi byk pos dari kotakceklat wan ismail's daughter tu.. wahahahaha

[siz|zizul: segalanya bermula disini.. 25 years n counting experience]

it what in my mind,
BLOG DESIGN BY DESIGNER BLOGS