Showing posts with label kata. Show all posts
Showing posts with label kata. Show all posts

16 March 2010

hanya kerana belacan

biasa dengar kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.. ni lak kes kerna belacan sebungkus abis kecoh serumah..

citenyer camni.. tadi sorang housemate ak ni mengemas la peti ais disebabkan ada air yg tumpah.. alang2 mengelap tu, kemas terus la satu peti ais... dengan sikap  ak yg suka membantu ni, ak pi la menyibuk... tanya2 wat pe walaupun dah nampak... pastu ak tgk la, 2 3 barang kt dalam tu.. pastu:

hose-mate1: ni dah expired ni, buang je la..
zizul: ha ah, dah expired, tahun 2009 ni..

continue check expired dated 2 3 barang lain

zizul: eh, ni pun expired gak ni..
hose-mate1: pebenda tu?
zizul: entah la, belacan kot...
hose-mate1: buang je la, dah expired kan
zizul: ha ah, expired date bulan 2, 2009 ni..



campak semua barang kt dalam tong sampah (brg yg dah expired la)... pastu semabang2 jap, plan nk kuar makan... skali siap mandi dgr hose-mate2 bising, maah kat talipon.. jupe hose-mate3, "apsal abg ko tu?" "ntah la"... ingatkan xde kaitan idup dan mati la..

skali... bila turun hose-mate1, hose-mate2 ni leh marah2 bising.. sebab kacau barang dia (katanya lah).. siap kuar ayat power lagi "ak xpernah kaco org, dan ak plg pantang org kacau barang aku" fuh! power siot ayat...

hose-mate2: ko kemas2 peti tu, ko g buang barang2 ak apsal? ak xpernah kacao barang ko, ko kaco barang ak apsal?
(sila baca dgn nada tengking menengking)
hose-mate1: laaa.. ak tgk barang tu dh expired, ak tlg buangkanlah..
hose-mate2: barang tu ak boleh makan lagi laaa...
hose-mate1: dah expired la..
hose-mate2: belacan tu ak baru beli mggu lepas...
hosemate1: laa.. dah expired... xcaya ko tanya zul, dia tlg ak buang...
hose-mate2: ko yang kemas kan.. klu keluarkan, masukanlah balik...

jeng jeng jeng... ak pun kuar, pastu cakap kat hose-mate2, "ak yg kuarkan n buang barng tu", dia cooldown kt ak pastu marah2 lagik kat hose-mate1.. makin menjadi2 lak.. ape punya pening la.. ak dah bgtau ak yg buang pun dia nak gi bergaduh lagi... alasan je la tu... belacan pun nak kecoh... pastu hose-mate3 kuar dari bilik dia, cakap kat ak "jom la kte kuar, tggu kat luar je la" (kitaorg plan nk g makan bertiga)... skali duk kat luar umah pun bleh dgr diaorg duk memekak.. adoiyaii.. memalukan je jiran2 dgr...


lebey kurang 10 min pastu tetiba senyap.. uit.. pelik, camne leh tetiba senyap ni.. xlama pastu hose-mate1 satu kuar, utk g makan sama2.. pastu masuk kete dia bgtau hose-mate2 minta maap..


ak termenung jap dengan hose-mate3, pasal belacan pun nak gaduh2 ke? nak kecoh2 camni ke? apala... susah betul deal dgn org yg xleh mengawal emosi sendiri ni.. cool beb.. benda kecik n leh settle, ape salahnya cakap bebaik..
wat to do? bertahan je la.. sebab kitaorg bertiga bulan 6 ni semua dah kuar.. tggal la hose-mate2 tu sendirian... tapi dia xkisah kot... hehehe.... ajaib2.. pelik2.. bak kata hose-mate3, "kita silap umah la zul"... mmg silap, belacan pun nak jadi isu..


[siz|zizul: kawallah emosi.. sekali terlepas, malu sendiri..]

p/s: hose-mate = housemate (saje nak bunyi glamer2, poyo2)

11 February 2010

menjaga tutur kata

...lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

ape yg ak nak cuba highlightkan dalam lirik ni adalah ayat "lidah setajam pisau".. betapa hebatnya kekuatan lidah kita ni.. setajam pisau yg dapat menangkis segala cabaran dalam perjalanan.. namun harus juga dikaitkan dengan peribahasa melayu

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

 kata-kata yg keluar dari mulut kita ni kadang kala tanpa kita sedari banyak kesannya.. ada yg positif, ada yang negatif.. yang negatif ni la yg harus kita jaga, kerana  

Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, “Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur & barat. 

jadi sebelum berkata-kata tu eloklah kita berfikir dulu..


Ni plak daripada Hadis Riwayat Tirmizi :

1.Sufyan bin Abdullah melaporkan, katanya, “Saya pernah berkata, “Wahai utusan Allah! Beritahulah kepada saya perkara yang dapat dijadikan pegangan.”

Rasulullah menjawab, “Saudara katakanlah, ‘Allah Tuhan saya’, kemudian tetaplah mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.”

Saya bertanya lagi, “Wahai utusan Allah! Apakah perkara yang paling tuan bimbangkan tentang diri saya?”

Rasulullah memegang lidah beliau, kemudian berkata, “Ini.”

2. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, “Rasulullah pernah berkata, “Saudara semua jangan banyak bercakap melainkan bagi mengingati Allah. Sebab banyak bercakap tanpa ingat kepada Allah dapat mengeraskan hati. Manusia yang paling jauh daripada Allah adalah pemilik hati yang keras.”

3. Uqbah bin Amir melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Apakah yang menyebabkan saya selamat?”

Jawab Rasulullah, “Tahanlah lidah saudara daripada banyak bercakap, selalulah beribadat & tangisilah dosa saudara.”

4. Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian beliau berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian beliau membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud, “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu beliau bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”

Kemudian beliau bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Beliau memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”



nampak macam remeh je kan? dalam hari2 yang berlalu ni banyak je kita bercakap, seronok jer berccakap.. tapi sejauh mana kita menjaga lidah kita? katakanlah kita dah cakap2 buruk kat seorang mamat or minah ni, pastu menyesal, nak minta maaf skali xjumpa2 dah mamat/minah tu.. camne? masa tu harapkan keredhaan dari-Nya je la.. ingatlah, salah kata buruk padahnya.. lidahkan setajam pisau.. ak pun bukan baik sangat, pesanan ni ak baak sebab ak terfikir dan teringat.. so nanti bila2 ak lupa korang lak ingatkan aku.. ape2 pun sama2lah memperbaiki diri... sementara masih ingat ni..



[siz|zizul: berapa banyak dah ak terlajak kata ek.. mintak ampun maaf pada yg terasa]
BLOG DESIGN BY DESIGNER BLOGS