11 February 2010

menjaga tutur kata

...lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

ape yg ak nak cuba highlightkan dalam lirik ni adalah ayat "lidah setajam pisau".. betapa hebatnya kekuatan lidah kita ni.. setajam pisau yg dapat menangkis segala cabaran dalam perjalanan.. namun harus juga dikaitkan dengan peribahasa melayu

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

 kata-kata yg keluar dari mulut kita ni kadang kala tanpa kita sedari banyak kesannya.. ada yg positif, ada yang negatif.. yang negatif ni la yg harus kita jaga, kerana  

Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, “Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur & barat. 

jadi sebelum berkata-kata tu eloklah kita berfikir dulu..


Ni plak daripada Hadis Riwayat Tirmizi :

1.Sufyan bin Abdullah melaporkan, katanya, “Saya pernah berkata, “Wahai utusan Allah! Beritahulah kepada saya perkara yang dapat dijadikan pegangan.”

Rasulullah menjawab, “Saudara katakanlah, ‘Allah Tuhan saya’, kemudian tetaplah mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.”

Saya bertanya lagi, “Wahai utusan Allah! Apakah perkara yang paling tuan bimbangkan tentang diri saya?”

Rasulullah memegang lidah beliau, kemudian berkata, “Ini.”

2. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, “Rasulullah pernah berkata, “Saudara semua jangan banyak bercakap melainkan bagi mengingati Allah. Sebab banyak bercakap tanpa ingat kepada Allah dapat mengeraskan hati. Manusia yang paling jauh daripada Allah adalah pemilik hati yang keras.”

3. Uqbah bin Amir melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Apakah yang menyebabkan saya selamat?”

Jawab Rasulullah, “Tahanlah lidah saudara daripada banyak bercakap, selalulah beribadat & tangisilah dosa saudara.”

4. Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian beliau berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian beliau membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud, “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu beliau bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”

Kemudian beliau bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Beliau memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”



nampak macam remeh je kan? dalam hari2 yang berlalu ni banyak je kita bercakap, seronok jer berccakap.. tapi sejauh mana kita menjaga lidah kita? katakanlah kita dah cakap2 buruk kat seorang mamat or minah ni, pastu menyesal, nak minta maaf skali xjumpa2 dah mamat/minah tu.. camne? masa tu harapkan keredhaan dari-Nya je la.. ingatlah, salah kata buruk padahnya.. lidahkan setajam pisau.. ak pun bukan baik sangat, pesanan ni ak baak sebab ak terfikir dan teringat.. so nanti bila2 ak lupa korang lak ingatkan aku.. ape2 pun sama2lah memperbaiki diri... sementara masih ingat ni..



[siz|zizul: berapa banyak dah ak terlajak kata ek.. mintak ampun maaf pada yg terasa]

No comments:

Post a Comment

BLOG DESIGN BY DESIGNER BLOGS